Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat (AS) mempertahankan keputusan Presiden Donald Trump untuk menarik 2,000 anggota tenteranya dari Syria, sambil menyifatkan langkah itu telah dirancang dengan baik.
Dalam tweet mereka semalam, Pentagon juga mendakwa bahawa penarikan pasukan tenteranya sebagai "fasa seterusnya" dalam membantu gabungan anti-Daesh.
Namun mereka tidak menjelaskan dengan lanjut maksud tweet berkenaan.
Trump sebelum ini mengumumkan keputusannya untuk menarik tentera AS dari Syria dengan alasan bahawa kumpulan Daesh telah dilumpuhkan.
Pengumuman mengejut Trump itu mengejutkan pegawai dan sekutu AS.
Trump sebelum ini turut berkata bahawa Arab Saudi dan bukannya Amerika Syarikat yang akan menyediakan dana untuk membantu pembinaan semula negara Syria.
Arab Saudi, Amerika Syarikat, Turki dan beberapa negara sekutu mereka terlibat di dalam konflik yang berlarutan selama 7 tahun di Syria dengan memberikan bantuan kepada pasukan militan yang berperanan aktif dalam melemahkan kedudukan pemerintah sah di Damsyik.
AS ketika ini menduduki sebahagian daripada bumi Syria tanpa mendapat mandat PBB mahupun kerajaan sah negara Arab tersebut.- Press TV/Sinar Harian